PUTRAJAYA Steps yang kini sudah 80 peratus siap bakal menjadi tarikan baharu di Putrajaya bagi aktiviti rekreasi dan riadah selepas prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.
Projek laluan pejalan kaki berkonsepkan taman hasil ilham bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa itu menghubungkan laluan dari Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana.
Annuar yang kini dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata ia diilhamkannya seperti yang wujud di negara-negara lain.

“Sudah tentu selepas SOP dilonggarkan ramai akan mencari lokasi-lokasi untuk rekreasi, riadah dan sebagainya. Tidak lama lagi anda boleh menjadikan Putrajaya Steps salah satu lokasi untuk dikunjungi.
“Alhamdulillah kini sudah 80% siap dan bakal menjadi satu tarikan baru di Putrajaya,” katanya yang meninjau perkembangan terkini projek berkenaan hari ini.
Selain untuk rekreasi serta riadah, Putrajaya Steps sesuai untuk aktiviti senaman dengan anggaran ketinggian 30 meter serta pendakian sejauh 200 meter. – Malaysiapost

