‘PM sepatutnya bentuk Kabinet bipartisan’ – Johari

0
1

“SAYA sebenarnya berharap agar Perdana Menteri membentuk kabinet bipartisan untuk mentadbir ketika krisis ini,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Johari Ghani.

Menerusi ciapan di Twitternya Johari berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sepatutnya membariskan kepimpinan baru yang muda dan bertenaga.

“Sebagai rakyat Malaysia dan rakan parti, saya berharap yang terbaik untuk perdana menteri demi negara dan masa depannya.

“Saya sebenarnya berharap agar perdana menteri membentuk kabinet bipartisan untuk mentadbir ketika krisis ini atau sekurang- kurangnya memperkenalkan beberapa muka baru yang muda untuk menyuntikkan lebih banyak tenaga dan semangat. Barisan tidak memberangsangkan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Kabinet baharu tanpa mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, hari ini.

Kabinet baharu itu merangkumi 31 menteri dengan empat daripadanya dilantik sebagai menteri kanan.

Perdana Menteri berkata, barisan Kabinet yang baharu dilantik perlu membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama melalui setiap kementerian yang diterajui. – Malaysiapost

Kredit Foto: Johari Ghani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here