3 konsep utama untuk KPM jadi kementerian berprestasi tinggi

0
1

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan berikhtiar menjadi kementerian yang berprestasi tinggi seperti yang dimahukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya akan memberi penekanan kepada tiga konsep utama di KPM dalam usaha mengukuhkan KPM sebagai sebuah kementerian berprestasi tinggi.

“Hasrat Perdana Menteri untuk melihat setiap kementerian menjadi kementerian berprestasi tinggi akan diikhtiarkan sebaiknya.

“Penekanan kepada tiga konsep utama di KPM, iaitu K-Kualiti, P-Produktiviti dan M-Modenisasi akan kami teruskan dalam usaha mengukuhkan KPM sebagai sebuah kementerian berprestasi tinggi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi kepercayaan untuk kembali berkhidmat dalam kementerian yang sama.

“Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, diatas kepercayaan yang diberikan untuk saya kembali berkhidmat di KPM.

“Amanah yang diberikan ini akan saya junjung setulus hati demi masa depan generasi pewaris negara,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam ucapannya ketika mengumumkan barisan Kabinet baharu, hari ini menegaskan akan memastikan Kabinetnya menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan dan setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here