Paralimpik: Nur Syaiful terlepas tiket ke final

0
1

WAKIL negara dalam acara renang S5 gaya bebas 200 meter (m) lelaki di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak melepasi peringkat saringan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.

Keputusan dalam Saringan 1 itu menyaksikan Nur Syaiful terlepas tiket untuk ke final yang dijadual berlangsung di lokasi sama pada jam 6.52 petang ini, lapor Berita Harian.

Empat perenang dari Saringan 1 iaitu Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol, Daneil de Faria Dias (Brazil), Dmitrii Cherniaev (Russia) dan Sebastian Rodriguez (Sepanyol) mara ke pusingan seterusnya.

Bertran mencatat masa 2 minit 33.73 saat, 11.43s di depan Faria Dias manakala Cherniaev berada di tempat ketiga dengan catatan 2:48.18s. – Malaysiapost

Kredit Foto: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here