Bursa Malaysia catat prestasi antara terbaik dunia – Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa Bursa Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.

Beliau berkata, Indeks bursa telah melonjak naik lebih 80 ‘point’ dalam tempoh singkat itu.

“Namun pemulihan keyakinan pelabur tempatan dan asing ini dan berasaskan harapan bahawa dasar dan perlaksanaan kerajaan baharu akan berbeza dari dulu.

“Malah aliran keluar dana asing yang berbulan-bulan lamanya telah bertukar kepada aliran masuk minggu lepas,” katanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, keyakinan pelabur dan pemulihan ekonomi ketika ini akan terbantut sekiranya dua perkara tidak dilaksanakan.

” (Iaitu) menurunkan jumlah kes baharu Covid dan membuka semula ekonomi dan membantu peniaga memulihkan modal dan aliran tunai yang telah lama terkesan di bawah lockdown yang sudah 3 1/2 bulan lamanya sejak PKP 3.0 bermula pada 12 Mei,” katanya.

Najib berkata, sejak minggu lalu, negara masih dalam senarai 10 teratas dalam dunia setiap hari bagi kes baharu tanpa mengambil kira saiz penduduk.

“Dari segi saiz penduduk, kita masih catat kadar antara paling tinggi dalam dunia bagi kes baharu dan kes kematian.

“Selagi kes baharu tinggi, ramai pelabur asing dan tempatan akan tidak berani melabur untuk membina business baharu atau mengembangkan business sedia ada jikapun diberi kelonggaran.

“Selagi kes baharu tinggi, pelanggan juga akan tidak berani keluar rumah untuk membeli jikapun diberi kelonggaran,” katanya.

Dalam pada itu, Najib memberi bayangan perkara itu akan diselesaikan oleh kerajaan baharu selain menyifatkan sudah tahu cara penyelesaian.

“Insya-Allah, akan disempurnakan oleh kerajaan baharu bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup Rakyat yang pernah dikecapi suatu ketika dulu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here