420,164 dos vaksin Covid-19 diberi semalam

0
1
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah 32,212,527 dos dengan 18,631,593 orang menerima dos pertama dan 13,580,934 dos kedua.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter @JKJAVMY, berkata sebanyak 420,164 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 155,004 dos pertama dan 265,160 dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan data dan infografik yang dikongsi, secara keseluruhan sebanyak 57.1 peratus daripada populasi penduduk Malaysia sudah divaksinasi setakat ini dengan dos pertama, manakala 41.6 peratus lengkap dua dos.

Jumlah penduduk dewasa yang sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos pula adalah 79.6 peratus dan 58 peratus lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.

Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 6,756,058 dos pertama dan 5,301,004 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here