Konsep ‘Keluarga Malaysia’ berpaksikan muafakat – Annuar Musa

0
1

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpaksikan muafakat.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau bersyukur kerana Perdana Menteri dengan jelas dan tegas mengariskan jalan berasaskan sebuah kerajaan yang terbuka dan inklusif.

“Saya bersyukur dengan ucapan sulung PM-9, kerana dengan jelas dan tegas beliau menggariskan ‘way forward’ berasaskan sebuah kerajaan yang terbuka dan inklusif.

“Saya rangkumkan keseluruhan ucapan “Keluarga Malaysia” itu berpaksikan muafakat,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Annuar meminta semua pihak menghentikan amalan politik puak, kebencian dan taksub, serta mengajak menyuburkan politik baharu bersifat semangat muafakat.

“Semangat muafakat perlu disuburkan. Hentikan politik puak, politik confrontational, politik hatred,politik bully, politik supremacy, politik taksub, politik assabiyah dan semua ciri-ciri mazmumah.

“Kita gantikan dengan politik order baru dengan ciri-ciri mahmudah,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke-9 memperkenalkan konsep “Keluarga Malaysia” bagi menyatukan rakyat tidak kira bangsa, agama dan kaum di dalam menangani pandemik Covid-19 dan ekonomi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here