“Janji minyak turun, tol hapus tak buat semua tak bising pula?”

0
1

Nurul Huda Abhar

ANAK kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menerusi ciapan Twitternya menempelak sikap pembangkang yang dikatakan tidak sabar untuk melihat Perdana Menteri ke-9 menyelesaikan krisis yang melanda negara.

Nedim Nazri Aziz menerusi ciapan tersebut, berkata semua pihak harus bersabar kerana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) baru sahaja memulakan tugas sebagai Perdana Menteri (PM) pada hari ini.

“Baru sat (tadi) PM mencadangkan untuk kita kerja bersama-sama. Tidak sempat apa-apa malam dan ‘sound’ DSIS. Sabarlah baru sahaja diumum kan?,” ciapnya hari ini.

Dalam pada itu, Nedim mempersoalkan adakah pihak pembangkang lupa yang mana Pakatan Harapan (PH) pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan bayaran tol jika menang di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

“Masa bos kome (anda) janji minyak turun & tol hapus yang sampai ke sudah tidak buat kamu semua tidak bising memekak pula?,” tulisnya.

Terdahulu, Ismail Sabri memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini,

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri memuat naik gambar beliau sedang menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas dengan kapsyen ringkas, “Bismillahirrahmanirrahim.”

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di pekarangan bangunan Perdana Putra jam 8.23 pagi.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, ketibaan Ismail Sabri disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Rakon. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here