Hujan berterusan, Kedah dilanda banjir

0
1

BEBERAPA lokasi di utara tanah air dilaporkan dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan dan banyak kediaman serta premis dinaiki air selain rosak akibat dihanyut air deras.

Antara kawasan yang dikatakan teruk dilanda banjir adalah di Yan, Merbok, Singkir dan beberapa lokasi lain di Kedah.

Keadaan bencana itu turut tular di media sosial melalui beberapa rakaman video menunjukkan lokasi yang ditenggelami banjir serta air sungai yang naik dan berarus deras.

Seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Abi Najah, memaklumkan rumah mentuanya di Yan ditenggelami air menyebabkan keluarganya itu tinggal sehelai sepinggang.

“Yan banjir teruk. Sapa kenai titi hajun dan air terjun perigi hampa tau la teruk mana air naik. Masjid Yan pun air naik.

“Rumah mertua aku tanah rendah, tepi sungai, tenggelam habis. Tinggal sehelai sepinggang. Aku duk Ipoh nak balik tak boleh,” luahnya.

Beliau berharap, semua yang terbabit dalam bencana itu selamat.

“Moga Allah hantar bantuan, hindari mereka dari penyakit sebab kena duduk ramai-ramai nanti di penempatan sementara.

“Aku nak balik cari depa tempat berteduh yang tak campur dengan orang. Tapi apa daya balai kata bukan urusan penting.

“Depa ikut arahan. Takut Covid merebak. Aku pun tau, aku jaga ICU Covid. Aku tau sebab tu aku nk balik selamatkan keluarga aku dari duk ramai-ramai. Tapi terhalang. Harap depa sihat dan selamat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan polis, namun mengakui emosi terganggu dan kecewa kerana tidak dapat membantu keluarga yang sedang dilanda bencana.

“Satu Yan tenggelam memang tak boleh nak terepa pi tolong pun.

“Maaf kalau ada yang kecil hati, jangan salahkan pihak berkuasa. Allah nak uji,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here