Zahid ajak penyokong PN ‘moved on’ demi negara

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan ketika keluar dari Istana Negara selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta penyokong Perikatan Nasional (PN) untuk menerima hakikat kehilangan tampuk kuasa kerajaan semalam.

Presiden Umno berkata, semua pihak harus ‘moved on’ dan memandang kehadapan untuk memastikan kerajaan yang bakal dibentuk membela rakyat dan negara.

“Kini masa untuk kita semua perlu memandang ke hadapan selepas pihak yang gagal telah pun diundurkan.

“Namun realitinya kita semua tahu penyokong dan pendokong pihak yang telah kehilangan kuasa masih tidak puas hati maka sedang memperhebatkan dakyah ke atas Umno terutama Presidennya,” katanya di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, rakyat tidak lupa kegagalan Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerangi pandemik Covid-19 selama ini.

“Gara-gara tersangat geram dan marah jawatan serta kedudukan pemimpin mereka hilang selepas 18 bulan di puncak kuasa.

“Walaupun ini lumrah, namun agak sedih kerana mereka tidak pula memikirkan tentang geram dan marah rakyat terhadap kegagalan yang menyebabkan hampir 13,000 nyawa telah terkorban.

“Setiap hari beratus insan tidak bersalah meninggal dunia sehinggakan tanah kubur untuk jenazah umat Islam dikatakan semakin terhad,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menolak kenyataan bahawa kerajaan PN tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana virus Covid-19 menyerang seluruh dunia.

Ahmad Zahid menambah, jika dari awal pandemik diuruskan dengan baik tanpa terlalu beragendakan “politicking” sehingga apa yang wajar dilaksanakan ditolak ke tepi hanya kerana dicadangkan oleh parti Umno.

“Berpuluh ribu perniagaan dilaporkan gulung tikar dan jutaan orang hilang mata pencarian gara-gara dasar dan polisi yang bias.

“Alasan penyokong dan pendokong mereka cukup mudah iaitu negara lain pun ramai mati – tanpa menyentuh tentang aspek populasi dan saiz sesebuah negara.

“Seperti juga pernah saya katakan kita yakin jumlah kematian dan kes jangkitan serta kesan buruk pandemik terhadap ekonomi Malaysia tidak sepatutnya begitu parah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here