Istana Negara dibanjiri petugas media

0
1

ISTANA Negara kembali menjadi tumpuan apabila lebih 50 petugas media pelbagai agensi mula berkumpul di Pintu 2 bagi membuat liputan ketibaan ketua pemimpin politik menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan, sesi menghadap berkaitan pelantikan Perdana Menteri baharu akan dimulakan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disusuli Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 2 petang.

Suasana terkini di Istana Negara hari ini. Ketua-ketua Parti dijangka tiba untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Media semalam melaporkan pemimpin parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, dipercayai berkaitan dengan perbincangan berhubung siapa bakal dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Perbincangan itu susulan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here