Anwar, Guan Eng, Mat Sabu selesai mengadap Agong

0
1

TIGA pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) telah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, kira jam 4 petang tadi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu keluar dari Istana Negara selepas kira-kira dua jam mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar sempat memberhentikan kenderaannya di luar Pintu 2 Istana Negara dan bercakap kepada media.

Terdahulu yang di-Pertuan Agong memanggil mengadap ketua-ketua parti politik dipercayai berhubung calon Perdana Menteri kesembilan.

Selain tiga pemimpin terbabit, turut mengadap ialah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Presiden Penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here