7,599 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

0
1

SERAMAI 7,599 atau 3.05 peratus petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 hasil saringan berkala oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, hanya 17 kes iaitu 0.22 peratus sahaja berada dalam kategori 3, 4 dan 5.

Katanya, terdapat dua kes kematian dalam kategori 5.

“Sejumlah 248,874 petugas kesihatan telah mendapat vaksin lengkap,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Dr Noor Hisham berkata, jangkitan Covid-19 petugas kesihatan selepas “fully vaccinated” boleh berlaku tetapi kadar jangkitan dan keterukannya rendah.

Beliau juga berkongsi infografik yang menunjukkan 5,135 atau 67.6 peratus daripada 7,599 petugas kesihatan yang lengkap dua dos vaksin dan dijangkiti, berada dalam kategori 2 iaitu mengalami gejala ringan.

Selain itu, 2,447 atau 32.2 peratus daripada petugas kesihatan yang sudah divaksinasi dan dijangkiti, berada dalam kategori 1.

Manakala kategori 3, mengalami radang paru-paru membabitkan 10 petugas kesihatan, kategori 4, memerlukan bantuan oksigen dan kategori 5 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) masing-masing mencatatkan seramai empat dan tiga kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here