Selepas hujan, ada pelangi menanti – Najib

0
1

DATUK Seri Najib Razak hari ini memuatnaik kata-kata puitis di laman sosial miliknya seakan-akan menggambarkan akan ada sinar selepas kemelut politik yang melanda.

Berikut tulis bekas Perdana Menteri itu yang dimuat naik di Facebooknya sejurus selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hujan mencurah ke bumi.
Selepas hujan, pasti ada pelangi menanti.
Selepas kegelapan, pasti ada sinar menerangi.
Selepas derita, pasti ada kebahagiaan.
Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat semua.
InsyaAllah.”

Terdahulu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah maklum menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri serta-merta berkuat kuasa hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan baginda turut memperkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here