‘Pemimpin gila kuasa tergamak langgar parti sendiri’ – Puad

0
1
puad zarkashi

“KERANA jawatan, pemimpin jadi rakus dan buat kerja gila gila, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Hantaran terbaru Mohd Puad di Facebook itu pastinya ada berkait rapat dengan senario politik negara ketika ini terutamanya dalam kemelut politik bagi merebut jawatan Perdana Menteri.

Malah, Mohd Puad berkata, kegilaan pemimpin Umno terhadap kuasa telah lama terserlah menerusi tindak tanduk seperti tidak mengendah ketetapan yang dibuat parti, melanggar keputusan MKT dan sebagainya.

“Berapa kali keputusan parti mahu dilanggar? Keputusan di Janda Baik langgar.

“Keputusan PAU (Perhimpunan Agung Umno) langgar. Keputusan MKT 3 Ogos langgar. Hari ini pun mahu langgar juga?,” soalnya.

Spekulasi mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang hari ini bertiup kencang susulan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai untuk mempersembahkan surat perletakkan jawatan.

Muhyiddin didakwa terpaksa meletakkan jawatan setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen susulan keputusan Umno menarik balik sokongan terhadapnya dan Kerajaan PN pada 2 Ogos lalu.

Susulan itu, suhu politik menjadi panas dan didakwa beberapa Ahli Parlimen Umno yang menentang keputusan MKT telah menyatakan hasrat untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

Justeru, Mohd Puad menyifatkan Ahli Parlimen Umno yang membelakangkan parti tidak boleh dianggap pemimpin masa hadapan parti itu.

“Supaya parti lenyek kena langgar? Kenapalah tidak serik serik lagi. Inilah pewaris parti yang menjahanamkan parti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here