‘Mohon padam video, gambar arwah Siti Sarah tak tutup aurat’ – Shuib

0
1

PELAWAK dan usahawan berjaya, Shuib Sepahtu memohon orang ramai memadamkan gambar dan video isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Dalam kenyataan dimuat naik di Instagram miliknya, turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah dan terus mendoakan kebaikan buat Siti Sarah yang meninggal dunia 9 Ogos lalu.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin bidadari syurga saya.

“Tateapi saya ada permintaan di mana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna. Saya juga mohon kepada yang sudah muat naik di media sosial keluarkan kembali video atau gambar tersebut,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhamad turut memohon orang ramai tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan.

“Saya juga memohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita.

“Insya-Allah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya.

Shuib berkata, sekiranya peminat dan sesiapa sahaja yang merindui arwah sebaik-baiknya sedekahkan Al-Fatihah sahaja.

“Jika rindu pada Allahyarhamah Siti Sarah sedekahkan al-Fatihah, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua,” katanya.

Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik Covid-19, pada 9 Ogos lalu.

Sebelum ini, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here