Nazri akui tandatangan SD sokong Ismail Sabri sebagai PM

0
1
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

AHLI Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Nazri berkata, beliau berbuat demikian ketika hadir di sebuah hotel tengah hari tadi.

“Saya sudah tandatangan SD dan saya rasa semua ahli Parlimen Umno patut sokong, termasuk yang tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia bukan lagi Perdana Menteri, jadi tiada sebab untuk tidak tandatangan,” katanya memetik laporan The Star.

Difahamkan, usaha mengumpul SD dipercayai masih lagi diteruskan Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Terdahulu, kemelut politik negara semakin hangat bukan sahaja desas-desus mengenai peletakkan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri esok, malah gerakan ‘melobi’ calon Perdana Menteri Interim dikatakan sedang giat dijalankan.

Khabar angin di kalangan media dan tular di media sosial kuat mengatakan terdapat usaha untuk menjadikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang juga Setiausaha Agung Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pula sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Gerakan itu difahamkan dirancang di sebuah hotel di ibu negara termasuk mengumpulkan SD daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk menjayakan usaha berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here