
SEBANYAK 282 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.
Berdasarkan infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan individu maut akibat wabak itu kini mencecah 12,510 kematian.
Sebanyak 16,945 kes sembuh direkodkan manakala kes baharu pula 20,546 dengan
20,532 daripadanya membabitkan kes tempatan manakala 14 lagi kes import.
Sementara itu, seramai 1,059 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 526 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Setakat ini, kes kematian akibat Covid-19 paling tinggi yang pernah direkodkan semenjak virus berkenaan melanda negara adalah 360 kematian iaitu pada 8 Julai Ogos lalu. – Malaysiapost
