KL capai imuniti kelompok, lebih 1.6 juta penduduk divaksinasi

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

KUALA Lumpur telah mencapai imuniti kelompok atau ‘herd immunity’ hari ini dengan 85 peratus penduduk dewasanya sudah divaksinasi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu ciapan di Twitternya hari ini.

“Alhamdulillah, hari ini Kuala Lumpur berjaya mencapai 85 peratus vaksinasi kepada penduduk dewasa, mencapai tahap herd immunity.

“Doakan keadaan Wilayah kita bertambah baik… kita teruskan usaha bantu rakyat,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan data dan infografik yang dikongsikannya, sehingga semalam sebanyak 4,434,865 penduduk Kuala Lumpur sudah divaksinasi membabitkan 2,756,197 dos pertama dan 1,678,668 orang lengkap menerima dua dos vaksin.

Sasaran Kuala Lumpur mencapai imuniti kelompok adalah 1,480,000 penduduk divaksinasi dan angka itu sudah berjaya dicapai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here