Jururawat meninggal akibat Covid-19 selepas lahirkan anak sulung

0
1

SEORANG jururawat yang baru melahirkan bayi sulungnya meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, semalam.

Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir pada 3.02 pagi.

Difahamkan, wanita berkenaan yang menungggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun, sebelum itu terpaksa melahirkan zuriat itu secara pembedahan ketika kandungan berusia 26 minggu.

Wanita itu dijangkiti Covid-19 kategori lima dipercayai daripada pesakitnya, lapor Harian Metro.

Bayi wanita itu kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19, semalam.

Beliau berkata, Allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi.

“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here