
JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah 27,293,915 dos dengan 16,868,615 orang menerima dos pertama dan daripada jumlah itu, 10,425,300 orang telah terima dos kedua.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 442,150 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 161,049 dos pertama dan 281,101 dos kedua.
“Jumlah terima dos pertama ialah 16,868,615 orang dan daripada jumlah itu, 10,425,300 orang telah terima dos kedua,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.
Sementara itu berdasarkan data dan infografik yang dikongsikannya, secara keseluruhan 51.7 peratus daripada populasi penduduk Malaysia sudah divaksinasi setakat ini dengan dos pertama, manakala 31.9 peratus lengkap dua dos.
Jumlah penduduk dewasa yang sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos pula adalah 72.1 peratus dan 44.5 peratus lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.
Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 6,422,367 dos pertama dan 3,987,991 dos kedua. – Malaysiapost
