TPM beri bayangan PKS akan dibuka dalam masa terdekat

0
1

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memberi bayangan banyak perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dibuka semula dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, rintihan pengusaha PKS sentiasa menjadi tumpuannya kerana sering menerima perkhabaran itu di ruangan akhbar serta sosial media.

“Kebanyakkan peniaga terkesan sehingga ada daripada mereka terpaksa tutup. Antaranya kedai gunting rambut, ‘carwash’, bengkel kereta dan bermacam lagi.

“Jadi, sebagai seorang anak peniaga gerai buah. Situasi seperti barangan gerai dirampas, tiada duit yang cukup untuk buat ‘rolling’ membeli bahan mentah dan sebagainya, membuatkan saya faham akan kesukaran mereka.

“Terutama ketika pandemik ini kerana tiada pilihan kedua seperti platform online dapat mereka lakukan,” katanya menerusi Facebook.

Justeru itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak dapat memberi kebenaran pembukaan premis perniagaan ketika ini disebabkan kes jangkitan Covid-19 semakin tinggi.

Namun, katanya, beliau akan mempertimbangkan perkara itu demi kelangsungan hidup peniaga kecil.

“Kalau boleh saya mahu semua kedai atau gerai peniaga kecil dan PKS dibuka terus, namun kes yang tinggi menyebabkan kerajaan bertindak tegas.

“Namun, InsyaAllah dalam waktu terdekat banyak perniagaan PKS akan dibuka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here