
SEBANYAK 277 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kehilangan nyawa akibat wabak itu di negara ini terus meningkat kepada 11,968 kes.
Berdasarkan data dikongsi Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebanyak 17,025 kes sembuh direkodkan hari ini, berbanding 21,468 kes jangkitan baharu yang dicatatkan.
Jumlah keseluruhan pesakit sembuh ialah 1,110,528 berbanding jumlah kumulatif kes positif iaitu 1,363,683.
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,075 dengan 537 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
