9 lagi lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

0
1
grafik

KERAJAAN hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussien, berkata ia setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Tiga lokaliti di Kota Kinabalu dikenakan PKPD adalah Kampung Pulutan dan Kampung Mansiang di Manggatal, serta tapak bina Hyatt Centric.

Dua lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Brunei di Membakut, dan rumah kongsi tapak bina Prima di Lumat dilaksanakan PKPD selama 14 hari.

Diikuti Kampung Kalabakan, Kampung Mangaris 2 di Kota Marudu, Kampung Contoh di Putatan, dan Lorang Mat Salleh Batu 2 Jalan Ampas di Tawau juga dikenakan PKPD bermula 15 Ogos.

Sementara di Pahang, lokaliti yang dikenakan PKPD adalah Jalan Blue Valley-Lojing di Cameron Highland. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here