Syatilla Melvin tawar jadi ibu susuan pada anak Siti Sarah

0
1

PELAWAK dan pelakon Shuib Sepahtu memaklumkan ramai pihak menawarkan diri untuk memberi susu kepada anak keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu.

Menurutnya, pelakon Syatilla Melvin yang juga isteri kepada Shaheizy Sam turut menawarkan diri untuk memberikan susu kepada Ayash selepas isterinya, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia Isnin lalu akibat Covid-19.

“Memang mengenai susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata ‘baby’ minum susu tepung, tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu sudah soalan cepumas. Susu siapa pula nak bagi?

“Ramai orang yang tawarkan termasuk Syatilla pun ada. Apabila fikir semula, kena juga tahu orang itu minum apa nanti jadi ibu susuan.

“Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” katanya pada majlis tahlil dan bacaan yasin untuk arwah isterinya yang dibuat secara dalam talian, semalam.

Terdahulu, penyanyi lagu Kesetian itu disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Isnin lalu.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pada Khamis lalu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudian ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada Jumaat lalu.

Allahyarham dan Shuib berkahwin pada 2011 juga mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here