SOP enam jemaah solat di masjid, surau kekal – JAIS

0
2
masjid wilayah

PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat di masjid dan surau seluruh Selangor kekal enam jemaah dalam kalangan pentadbir.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad yang turut meminta orang ramai bersabar serta kekal mematuhi arahan meskipun telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Setakat ini tiada sebarang perubahan dan masih mengguna pakai SOP terdahulu.

“JAIS ada menerima beberapa kes terdapat orang ramai yang cuba masuk ke masjid dan surau.

“Oleh demikian, kita sudah mengarahkan pegawai memaklumkan pentadbiran masjid dan surau supaya patuh dengan ketetapan lama yang dikeluarkan JAIS,” katanya seperti dilaporkan Selangorkini.

Pada 8 Ogos lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran untuk individu yang lengkap dua dos vaksin berkuat kuasa 10 Ogos 2021.

Antaranya solat di masjid dan surau bagi jemaah lengkap divaksin melibatkan semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara, namun mereka perlu terus pulang selepas selesai bersolat.

Terdahulu pada 1 Jun lalu, kerajaan Selangor menetapkan hanya enam jemaah dibenarkan bagi solat Jumaat dan fardu di semua masjid, surau dan musolla seluruh negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here