Berhati-hati dengan berita didakwa ‘sumber Umno’ – Zahid

0
1
Sidang media penutup Perhimpunan Agung UMNO 2020

“UMNO sedang berdepan dengan tindakan hebat oleh sang penguasa dan pengikut mereka,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, situasi tersebut berlaku gara-gara Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan pimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin;

Oleh demikian, katanya, beliau menjadi sasaran propaganda dengan menggunakan apa platform sekalipun.

“Bagaimanapun kebelakangan ini banyak berita membabitkan Presiden Umno ditulis berdasarkan dakwaan ‘sumber Umno’.

“Kita wajar berhati-hati dalam menilai berita yang menggunakan maklumat diberi oleh individu ‘anonymous’.

“Apakah tujuannya, motifnya, agendanya, kejujuran atau muslihatnya? Berkepentingan tertentu, bias atau mahu mengelirukan?,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau sedar ahli Umno kecewa melihat sikap beberapa pemimpin parti mempertahankan Presiden Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Namun begitu, katanya, kejadian itu tidak patut menjadi kekecewaan yang nyata dan mungkin ia asbab untuk masa depan Umno yang gemilang.

“Bagi mengertikan Umno tentang intan dan kaca, yang mana ikhlas kepada rakyat dan parti atau yang mana sebaliknya.

“Tidak perlu dicari dan digali kerana ia terdedah sendiri. Maka kita semua bersyukur atas kebenaran yang terzahir,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here