3 bulan dikurung secara sia-sia – Najib

0
1
Sekatan Jalan Raya di jalan Kuala Lumpur - Ipoh dari kedua-dua arah susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) bermula pukul 12.01semalam sehingga 27 Oktober 2020. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

GENAP tiga bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hari ini, namun ia dilihat hanya sia-sia apabila jumlah kes Covid-19 semakin meningkat.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan PKP 3.0 gagal kerana kerajaan enggan menerima cadangan dan teguran pihak lain termasuk dirinya.

Menurutnya, pelbagai amaran sudah diberikan mengenai pelaksanaan sekatan berkenaan yang banyak kesilapan namun tidak diendahkan.

“Hari ini genap tiga bulan kita dikurung secara sia-sia dalam PKP 3.0 yang amat gagal sekali.

“Kami bukan tak pernah beri amaran atau tak pernah jelaskan secara terperinci kenapa PKP 3.0 pasti akan gagal. Siap beri cadangan untuk perbaiki.

“Jadi, jangan tuduh saya tak bantu. Kami sudah cuba banyak kali,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahli parlimen Pekan itu berkata teguran dibuat kerana kesilapan terlalu ketara tidak akan dibuat sesiapa yang waras atau tiada niat memanjangkan krisis Covid-19.

“Selepas tiga bulan PKP 3.0, hari ini terbukti siapa benar dan siapa yang gagal sebab degil, tidak pentingkan rakyat serta siapa yang telah jelas jahanamkan dan korbankan rakyat. Apa lagi nak dikata?

“Siapa yang perlu bertanggungjawab atas kehilangan ribuan rakyat serta penderitaan PKP 3.0 selama tiga bulan yang sia-sia ini dan rakyat perlu tuntut ganti rugi dari siapa?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here