Kisah sama seperti arwah Siti Sarah

0
1

SEORANG lagi wanita mengandung maut akibat Covid-19 dan hari ini membabitkan isteri kepada seorang pelakon Badrol Shah Abdul Manan, namun lebih sayu apabila anak kandungannya turut meninggal dunia.

Berita sedih itu dikongsi oleh Badrol di Facebook miliknya, yang sebelum ini turut memaklumkan isterinya, Farah Shila Mazlan dikomakan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat Covid-19.

“Isteri saya Farah Shila @ sue dah tiada….Allah lebih sayang kamu…masuklah kamu ke dalam syurga bersama anak kita,” tulisnya.

Terdahulu pelakon istimewa atau pelakon kerdil itu dalam satu lagi hantaran pada 7 Ogos lalu berdoa semoga ada keajaiban Allah SWT kepada isterinya yang dikomakan kerana Covid-19 hampir lima hari ketika itu.

Sementara itu, beberapa kenalannya turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap beliau tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.

“Cerita yang sama seperti arwah Siti Sarah…mengandung…kena Covid…ditidurkan…hanya watak yang berbeza…pergilah ke syurga abadi di sana… Covid ni jahat….al Fatihah buat Badrol Shah dan keluarga…sedihnya la…kematian itu semakin mendekat,” kata pengguna Facebook dengan akaun nama Ijan Jantung.

Amai Kamarudin pula mendoakan pelakon terbabit tabah dalam mengalami dugaan yang melanda.

“Al-Fatihah kepada isteri abang @shuibsepahtu dan abang @badrolshahmanan yang kedua-duanya kehilangan isteri selang sehari atas kes yang sama Covid-19.

“Cuma perbezaannya arwah @sitisarahraissuddin sempat melahirkan di kala arwah Farah Shila pergi bersama-sama anaknya. Dua orang yang kita kenal dilanda musibah yang besar. Semoga kalian tabah melalui hari-hari yang mendatang ini.

“Semoga dapat bertemu di syurga nanti. Ya Allah jauhkanlah kami semua dari wabak penyakit Covid-19,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here