70 peratus pesakit Covid-19 penuhi hospital di Lembah Klang

0
1
dr noor hisham

LEBIH 70 peratus pesakit di hospital utama di Lembah Klang dipenuhi oleh pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peratusan itu adalah daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Perkhidmatan Hospital.

“Ini merupakan keadaan yang tidak berlaku sebelum ini di mana hospital didominasi oleh satu jenis penyakit sahaja,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, ketika ucapan perasmian ‘Malaysian Society of Anaesthesiologists and College of Anaesthesiologists Annual Scientific Congress 2021’, beliau membangkitkan isu kesihatan pesakit selain Covid-19 juga turut terjejas.

“Ia kerana banyak prosedur dan pembedahan elektif terpaksa ditangguhkan.

“Sebahagian pesakit ini khususnya yang memerlukan rawatan segera telah dapat kita bantu melalui penyumberan luar (outsourcing) perkhidmatan ke hospital swasta,” katanya.

Dengan itu, Dr Noor Hisham memohon orang ramai berdoa agar jumlah pesakit dengan gejala yang serius akan berkurang dengan peningkatan kadar vaksinasi di Malaysia.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sudah menilai semula strategi sedia ada serta mengenalpasti langkah responsif bagi meningkatkan kesiapsiagaan hospital di Lembah Klang bagi menerima dan merawat pesakit kategori 4 dan 5 yang semakin meningkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, antara langkah yang diambil adalah dengan menambah segera jumlah katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital bawah KKM dan hospital pengajar universiti. – Malaysiapost .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here