Bekas Imam Besar Masjid Negara diumum Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan

0
1

BEKAS Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad diumumkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2021/1443 Hijrah.

Manakala Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islamiy Makkah Al-Mukarramah, yang juga Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, As-Syeikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pengumuman kedua-dua tokoh dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan tahun ini, di Facebook, hari ini.

Zulkifli berkata, pemilihan kedua-dua tokoh dibuat berdasarkan sumbangan besar mereka memartabatkan syiar Islam pada peringkat nasional dan antarabangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here