‘Terima kasih kerana menyatukan kita’ – Chong Wei

0
1

“BERBANGGA satu Malaysia melihat bendera dikibarkan. Terima kasih kerana menyatukan kita,” kata Datuk Lee Chong Wei.

Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) itu gembira dan mengucapkan tahniah kepada jaguh pelumba basikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang yang menghadiahkan pingat perak kepada negara pada temasya Sukan Olimpik 2020, Tokyo, hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Chong Wei menegaskan kejayaan Azizulhasni itu tetap menjadi kebanggaan rakyat Malaysia meskipun kilauan emas yang didambakan tidak kesampaian.

Chong Wei yang juga legenda badminton dunia menyifatkan The Pocket Rocketman berusia 33 tahun ibarat adiknya sendiri telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dan memberikan persembahan terbaik untuk negara, namun belum ada rezeki untuk Malaysia meraih emas sulung di Sukan Olimpik.

“Congrats my brother, Datuk Azizulhasni Awang! Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutanmu. Bersorak satu Malaysia apabila mu menerjah untuk mendapatkan perak.

“Gangsa dan perak u (awak) dah ada. I (saya) yakin emas dalam genggaman di Paris 2024 nanti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here