Robot anjing kesan Covid-19 pada gelendangan

0
1

KAEDAH canggih dan moden digunakan polis di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat yang menggunakan robot anjing ‘Spot’ untuk mengimbas badan gelandangan dalam usaha mengesan virus Covid-19.

Menurut laporan Indian Times, polis Honolulu melakukan eksperimen menggunakan robot empat kaki itu dan mengakui ia sama sahaja seperti penggunaan dron mahupun robot beroda yang digunakan oleh pasukan kecemasan.

Kaedah ini digunakan di sebuah bandar berdekatan lapangan terbang yang mana populasinya dipenuhi golongan gelandangan.

Selain menguji suhu badan gelandangan, robot itu juga digunakan untuk berkomunikasi dengan mereka yang disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, ada pihak yang kurang senang dengan kaedah itu yang mendakwa ia bersifat agresif, menceroboh peribadi golongan gelandangan dan tidak berperikemanusiaan.

Namun, pihak berkuasa ada penjelasan tersendiri dan menyifatkan penggunaan kaedah itu adalah selamat dan tidak menakutkan.

“Setakat ini, kami tak jumpa sesiapa yang menganggap ia menakutkan atau membimbangkan. Kita bukan sesuka hati pergi imbas suhu badan orang,” ujar Leftenan O’Neal dalam satu kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here