Polis rakam keterangan Anwar

0
2

POLIS merakam keterangan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Anwar tiba kira-kira jam 10.50 pagi dan terus memasuki pejabatnya sementara polis tiba kira-kira jam 11.15 pagi, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, keterangan diambil berikutan kehadiran Presiden PKR itu di himpunan Ahli-ahli parlimen pembangkang yang diadakan di Dataran Merdeka pada Isnin lalu.

Kelmarin, tiga agi Ahli Parlimen pembangkang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ntuk memberi keterangan berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka, Isnin lalu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Rabu lalu, enam Ahli Parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi memberi keterangan membabitkan isu sama.

Individu terbabit adalah Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua; Ahli Parlimen Lembah Pantai; Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Isnin lalu, seramai 107 Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berhimpun di Dataran Merdeka selepas gagal masuk ke Parlimen.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dipetik berkata, siasatan dibuat Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (P.U.(A) 293.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here