Shazni Munir meninggal dunia

0
1

KETUA Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin yang sebelum ini ditidurkan akibat Covid-19, meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, ‘Asim ‘Abdullah menerusi kenyataan ringkas di Facebook rasmi Amanah, sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan seperjuangan kami, Saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” katanya.

Sebelum ini, media media melaporkan Shazni Munir ditidurkan pihak hospital minggu lalu susulan keadaan kesihatannya yang agak kritikal akibat positif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir menerusi Twitternya yang turut memberitahu Shazni Munir mengalami jangkitan Covid-19 tahap lima.

Selain Allahyarham, dimaklumkan isteri dan anak-anak beliau turut disahkan positif Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here