PENERJUN negara, Pandelela Rinong hanya mampu berada di kedudukan ke-12 dalam saingan akhir bagi acara 10 meter (m) Platform Individu Wanita, di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.
Ratu terjun negara berusia 28 tahun itu, mengumpul 245.85 mata selepas lima terjunan sekali gus berada di tempat terakhir.
Kutipan mata atlet negara itu terjejas pada terjunan yang pertama selepas dilihat kakinya dipercayai terkena sedikit pada platform ketika membuat terjunan yang mengakibatkan terjunannya terjejas.
Keadaan itu membuatkan juri memberi mata yang rendah dan beliau kemudian sukar mengumpul mata yang lebih baik dalam terjunan-terjunan seterusnya. – Malaysiapost

