PELAKON popular, Aeril Zafrel memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 sekali lagi pada Isnin lalu.
Menerusi perkongsian di Facebooknya semalam, Aeril, 33, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari meluahkan rasa hairan bagaimana dia boleh dijangkiti virus itu sedangkan hanya duduk rumah sahaja.
“Tahun ini dah dua kali kena, padahal duduk rumah sahaja.”
“Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif,” tulisnya.
Tambahnya, jangkitan kali kedua ini mengalami simptom sama seperti demam dan sakit sendi, namun lebih menyakitkan dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Sebelum itu, Aeril juga memuat naik video di Instagramnya memaklumkan dia sudah menerima suntikan vaksin pada 25 Julai lalu.
Terdahulu, pada 20 Januari, Aeril dan pengurusnya disahkan positif Covid-19.- Malaysiapost

