14 lokaliti di Pahang tamat PKPD

0
2

SEBANYAK 14 lokaliti di Pahang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 24 Julai lalu, ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

Lokaliti ditamatkan di Temerloh, Pahang itu adalah Taman Bahagia; Taman Bahagia Indah; Taman Bahagia Makmur; Taman Bahagia Permai; Taman Bahagia Courts; Seluruh Kampung Padang Lalang; Taman Perumahan Sri Kemuning; Flat Sri Kemuning dan Taman Temerloh Jaya

Ia termasuk Taman Temerloh Jaya Indah; Taman Temerloh Makmur; Seluruh FELDA Lakum; Kg Paya Keladan dan Taman Keladan Indah.

Selain Pahang, PKPD di lapan lokaliti di Sabah termasuk Kelantan turut ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Di Kelantan, Kampung Dewan Besar, Labok, di daerah Machang.

Manakala di Sabah, dua lokaliti di Tuaran, Sabah iaitu Kampung Pukak, Mukim Tengah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria, Mukim Berungis.

Selain itu, Kampung Gumandang di Kudat, Kampung Lumatai Ulu, Beaufort, dan Tiga lokaliti di Sipitang iaitu Kampung Banting; Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here