‘Dari sudut mana PM ada sokongan majoriti?’, Najib tanya

0
1
Pix via Malaysiapost

DATUK Seri Najib Razak mempertikaikan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen sedangkan hakikat sebenarnya adalah sebaliknya.

Bekas perdana menteri itu berkata ini kerana Umno telah menghantar surat tambahan bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Jelasnya, Muhyiddin juga tidak disokong oleh Parti Keadilan Rakyat, DAP, Parti Amanah Negara, Pejuang, Warisan dan MUDA yang turut mengesa beliau meletak jawatan.

“Jadi, dari sudut mana yang PM8 (Muhyiddin) masih ada sokongan majoriti? Menipu YDP Agong sekali lagi seperti kes ordinan-ordinan darurat ke?,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, Muhyiddin sepatutnya memanggil sidang parlimen segera untuk membolehkan wakil rakyat mengundi keabsahan kerajaan pimpinannya bagi meredakan keadaan.

Tengah hari tadi, Muhyiddin berkata beliau menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan lapan ahli parlimen Umno menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka menarik sokongan kepadanya.

Bagaimanapun Muhyiddin menegaskan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here