Covid-19: Ibu Irwansyah meninggal dunia

0
1

IBU kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah, Herlianah meninggal dunia akibat Covid-19, hari ini.

Berita sedih itu menyusul selepas kehilangan ayahnya, Umar Efendi juga akibat wabak itu pada 8 Julai lalu.

Perkhabaran duka itu dikongsi isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar dalam akaun Instagramnya.

“Kumpul di Syurga Insya-Allah ya Ma. Allahummagfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha,” tulisnya.

Sebelum itu, Irwansyah dalam wawancara di saluran YouTube, The Sungkars Family memaklumkan, ibunya yang sebelum ini koma, tersedar ketika diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran.

“Ketika diperdengarkan bacaan murattal, tiba-tiba mama bangun membuka matanya.

“Mama memberi isyarat mengatakan yang dia masih hidup,” katanya.

Penyanyi lagu Pencinta Wanita itu juga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here