JUMLAH pemberian vaksin di Malaysia Covid-19 kini sudah melebihi 22 juta dos setakat semalam iaitu 22,152,367 dos dengan 14,711,532 orang telah mendapat dos pertama dan daripada jumlah itu, 7,440,835 orang terima dos kedua.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, berkata, pemberian vaksin dicatatkan semalam adalah 483,368 dos membabitkan 240,394 dos pertama dan 242,974 dos kedua.
“Jumlah yang terima dos pertama ialah 14,711,532 orang. Daripada jumlah itu, 7,440,835 orang terima dos kedua,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.
Berdasarkan data dan infografik yang dikongsinya, Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan jumlah pemberian vaksin keseluruhan setakat ini iaitu 6,028,715 bagi dos pertama dan 2,545,791 penerima dua dos vaksin.
Secara keseluruhan, peratusan penduduk Malaysia yang sudah divaksinasi setakat ini adalah 45 peratus bagi penerima satu dos dan 22.8 peratus sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19. – Malaysiapost

