Pejuang tidak akan ulas perkembangan politik muktahir – Mukhriz

0
1

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) memaklumkan akan mengambil pendirian untuk tidak mengulas mengenai perkembangan muktahir yang dicetuskan oleh pelbagai pemimpin politik ketika ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya akan berpaksikan kepada semangat mendahulukan kepentingan rakyat.

“Pejuang merafak sembah menjunjung kasih di atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar fokus diberikan kepada krisis kesihatan dan ekonomi berikutan pandemik yang melanda negara selama hampir 17 bulan ini.

“Sememangnya itu yang dihasratkan oleh Pejuang ketika mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan mengembeleng tenaga pakar bagi tumpuan menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Kenyataan tersebut dikatakan berhubung kait dengan keputusan Umno memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here