Cubaan kali kedua rentas daerah ikut laut gagal

0
1

SELEPAS cubaan pertamanya gagal, seorang lelaki dipercayai sekali lagi cuba merentas daerah melalui jalan laut di perairan Pulau Pinang, semalam.

Lelaki tersebut dikesan menaiki sebuah bongkah gabus styrofoam dalam cubaannya merentas daerah dari kawasan pulau ke Seberang Perai namun dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di tengah laut sebelum diselamatkan.

Video memaparkan lelaki tersebut yang terbaring di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi sebelum diselamatkan dan dibawa naik ke atas bot pihak berkuasa, tular di media sosial.

Dia kelihatan memakai seluar pendek dan kemeja-T berwarna biru sambil membawa beg galas.

Difahamkan, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd (PPSB) apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

Insiden pertama pada 14 Julai lalu turut tular di media sosial selepas dia dilaporkan berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari Georgetown untuk ke Seberang Perai.

Dia dilaporkan berbuat demikian untuk bertemu rakannya kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas daerah.

Bagaimanapun lelaki terpaksa berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas PPSB. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here