SEBANYAK 17,105 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan 1,163,291 kes direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda negara.
Berdasarkan data dan infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi 5,836 kes (425,648 kes kumulatif).
Selain itu empat negeri mencatatkan jangkitan lebih 1,000 kes iaitu Kuala Lumpur 2,309 (128,958 kes kumulatif), Johor 1,275 kes (94,225 kes kumulatif), Kedah 1,036 kes (49,286 kes kumulatif) dan Sabah 1,010 kes (87,899 kes kumulatif)
Perak merekodkan 967 kes (40,087), diikuti Kelantan 915 kes (44,920 kes kumulatif), Negeri Sembilan 816 kes (73,978 kes kumulatif), Pulau Pinang 798 kes (48,050 kes kumulatif), Pahang 628 kes (26,215 kes kumulatif) dan Melaka 508 kes (33,023 kes kumulatif).
Di Sarawak sebanyak 494 kes baharu dicatatkan (78211 kes kumulatif), manakala Terengganu 429 kes (18,231 kes kumulatif), Putrajaya 72 kes (4,141 kes kumulatif), Perlis tujuh kes (741 kes kumulatif) dan Labuan lima kes (9,678 kes kumulatif).
Setakat ini jumlah kes harian Covid-19 tertinggi di Malaysia adalah sebanyak 17,786 kes pada 31 Julai lalu. – Malaysiapost

