Tun M, Anwar bergandingan menentang Muhyiddin

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu hati menentang tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan Sidang Parlimen Khas, hari ini.

Kedua-dua tokoh pemimpin itu bersama pemimpin parti politik pembangkang yang lain berkumpul di Dataran Merdeka, hari ini sebelum berarak ke bangunan Parlimen.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir mengecam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didkawa takut menghadapi undian Ordinan Darurat yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Manakala, Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang mendakwa tindakan Muhyiddin itu menggambarkan kerajaan telah jatuh namun keabsahan tidak dapat dibuktikan di Dewan Rakyat.

Sementara, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata, Kerajaan PN tergamak mencabuli Perlembagaan dan menderhaka titah Yang di Pertuan Agong demi mengekalkan kuasa.

Perhimpunan yang berlangsung dalam masa 20 minit itu dihadiri oleh ketua parti-parti politik pembangkang sebelum berarak menuju ke bangunan Parlimen.

Terdahulu, laluan masuk ke Parlimen dikawal ketat oleh pihak berkuasa selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba memasuki bangunan itu, pagi ini.

Malah, beberapa jalan utama menuju ke Parlimen ditutup, menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Parlimen.

Laluan utama ke Parlimen ditutup dengan penghadang bagi mengelak orang ramai masuk, susulan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung hari ini, ditangguhkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here