Mesyuarat tergempar MKT Umno petang esok

0
1

MESYUARAT Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan diadakan pada jam 4 petang esok.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata mesyuarat tergempar itu akan memberi fokus perbincangan berhubung isu politik terkini dalam negara.

“Mesyuarat Khas MKT UMNO secara online akan diadakan 4 petang esok 3/8/2021. Tentu mesyuarat tergempar ini untuk membincangkan isu politik terkini.

“Antaranya hal kenyataan media Istana Negara dan warkah Yang di-Pertuan Agong. Juga isu darurat, ordinannya dan penangguhan sidang Parlimen hari ini,” katanya.

Kali terakhir MKT Umno bermesyuarat ialah pada 7 Julai lalu yang membuat ketetapan memutuskan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta-merta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here