
KERAJAAN hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan dan Sarawak bermula 4 Ogos hingga 17 Ogos.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussien, berkata PKPD itu dilaksanakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.
Dua lokaliti di Beaufort, Sabah dikenakan PKPD adalah Kampung Selagon dan Kampung Binsulok.
Di Kelantan pula, Kampung Belian Mukim Sungai Pinang di Tumpat dan Kampung Tok Sadang Mukin Badang Kota Bharu dikenakan PKPD bermula 4 Ogos ini.
Sementara, di Sarawak, lokaliti yang dikenakan PKPD adalah Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah. – Malaysiapost
