519,111 pemberian vaksin Covid-19 semalam

0
3
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

SEBANYAK 519,111 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 20,533,660.

Jumlah vaksinasi harian Covid-19 itu mencatat angka melebihi 500,000 dos selama enam hari berturut-turut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 13,816,971 individu dan daripada jumlah itu, 6,716,689 individu telah terima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 42.3 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 20.6 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, seramai 316,492 individu menerima dos pertama dan 202,619 individu lagi menerima dos kedua semalam.

Tiga negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi pada Sabtu ialah Selangor dengan 152,000 orang, disusuli Kuala Lumpur (80,483) dan Johor (50,375),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here