Ebit Lew update Facebook, netizen ucap ‘Selamat Kembali Ustaz’

0
2

HANTARAN Facebook Pendakwah Bebas, Ebit Lew hari ini dihujani dengan ucapan ‘Selamat Kembali Ustaz’ selain kata-kata semangat daripada warga netizen selepas lama halaman itu ‘sepi’ tanpa sebarang posting sejak 23 Julai lalu.

Sejak kontroversi tercetus antara Ebit; Penyayi Rap Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman baru-baru ini, pendakwah yang juga seorang aktivis itu seperti ‘hilang’ dari radar media sosial.

Dalam hantaran hari ini, Ebit memaklumkan mengenai pembukaan Rumah Kasih Umat di Titiwangsa, Kuala Lumpur iaitu penempatan transit untuk kanak-kanak pesakit kanser yang berulang alik mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ebit berkata, rumah transit berkenaan disediakan secara percuma bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak berkenaan sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan.

“Rumah transit bagi anak kanser yang berulang alik mendapatkan rawatan di HKL dan sekitar. Buat yang memerlukan boleh hubungi 01170772380. Free tiada caj.

“Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit. Saya beberapa kali ziarah rumah kanser. Anak-anak kecil berlari sana sini sakit. Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan,” katanya dalam hantaran itu.

Tambah Ebit lagi, semoga usaha kecil berkenaan menjadi asbab kasih sayang Allah SWT kepada hambanya dalam membantu golongan yang diuji.

“Syukur ramai orang lain dah mulakan. Kerajaan baik persendirian. Ini semua usaha kecil kita nak jadi sabahagian kecil dari usaha kerajaan dan orang ramai. Terima kasih semua yang selama ini bersama usaha ini.

“ALLAH Maha Penyayang. Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita. Ya Allah jika ada pahala semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya. Semoga Allah letak mak ayah kita dalam syurga Firdaus,” katanya.

Sementara itu, warga netizen menzahirkan kesyukuran dengan ‘kembalinya’ Ebit menerusi kerja kebajikan berkenaan demi membantu masyarakat.

Malah, ada yang memberi kata-kata semangat meminta Ebit sabar menghadapi ujian berat berkenaan selain memintanya menggiatkan misi bantuan yang telah lama digerakkannya.

“Alhamdulillah teruskan berbakti pd masyarakat kami hanya mampu mendoakan yg terbaik atas usaha ustaz.” tulis Salina Sobri.

“Satu ja nak ckp.. peduli apa manusia nak kata, walau apapun jgn pernah berhenti buat kebaikan.. kami sangat syg ustaz,” tulis Yumstavo Lima.

“Alhamdullilah ustaz..lme x nmpk update dr ustaz..hrp ustaz sabar menghadapi segala dugaan..,” tulis Syukran Jalal.

Selepas isu bantuan kemanusian di Gaza, Ebit terpalit lagi dengan kontroversi lain.

Terbaharu kecoh di media sosial, apabila tular sebuah video kontroversi memaparkan seorang individu dikatakan mirip pendakwah tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here