Ahli Parlimen BN tidak akan ambil kesempatan – Annuar Musa

0
2

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak akan menangguk di air keruh terhadap perkembangan semasa politik negara ketika ini, kata Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, Ahli Parlimen BN akan terus memperkukuhkan kestabilan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi rakyat dan negara. 

“MP BN akan mengambil sikap bertanggungjawab, jauh sama sekali dari nak ambil kesempatan atas apa yang berlaku kerana kita sudah dapat gambaran sebenar. 

“Kita akan terus fokus menstabilkan keadaan agar tanggungjawab utama membela rakyat dan memerangi Covid-19 dapat dilaksanakan,” ciapnya di Twittter, hari ini. 

Suhu politik negara kembali hangat minggu ini susulan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengelirukan Dewan Rakyat berkenaan pemansuhan proklamsi darurat dan pembatalan enam Ordinan Darurat yang berkuatkuasa 21 Julai lalu. 

Bagaimanapun tindakan Takiyuddin itu sebenarnya tidak mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong yang menzahirkan amat dukacita menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Negara Khamis lalu. 

Susulan itu, tercetus spekulasi mempersoalkan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana tindakan Takiyuddin itu dipercayai untuk mengelakkan Ordinan Darurat dibahaskan di Dewan Rakyat sekali gus menghalang berlakunya undi belah bahagi yang boleh menjejaskan kedudukan Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here